API ada kalanya ia adalah kawan ada kalanya boleh menjadi lawan.....................
api boleh menjadi kawan kita bila ia kecil,terlalu banyak kegunaan api pada kita,dalam kehidupan kita api banyak membantu kita walaupun dalam dunia yang serba canggih ini,kita masih memerlukan api,kita masak guna api,pendek kata semuanya api.masa ia kecil ia adalah kawan buat buat kita kerana ia diperlukan dalam hidup kita seharian,ketika kita dalam kegelapan api lah yang menolong kita menerangi gelap kita,api banyak kegunaan semasa ianya kawan buat kita,,,,
Tapi sebaliknya jika ianya menjadi besar dan tidak terkawal oleh kita,masa itulah api ini di anggap lawan pada kita kerana ianya memusnahkan segalanya yang kita ada.sekelip mata saja semuanya habis dijilat api yang pada mulanya kita anggap ia kawan kita.bila ianya sudah besar dan marak kita tak boleh buat apa hanya mampu memikirkan nasib kita yang seterusnya.
Begitulah juga dengan kehidupan kita,ibarat api ada kala kita kawan ada kala kita lawan,apa pun kita sebagai manusia mampu berfikir mana lawan dan mana kawan.hidup ini umpama api juga kadang kita menerangi orang lain kadang kita dikhianati orang lain.dari api kita dapat mengerti apa maksud yang cuba disampaikan untuk kita...kadang kita marah bila api itu memusnahkan apa saja tetapi itulah api yang manusia tak nampak apa di sebalik api.api itu lawan dan api itu lawan.seperti kita juga ada kawan dan ada lawan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan