Selasa, 1 Oktober 2013
Isnin, 23 September 2013
Bola sepak kita,kemana hala tujunya
Seperti yang kita semua maklum sejak kebelakangan ini sering kita dengar mengenai isu bolasepak negara kita.Tidak kiralah isu Harimau Malaya,Harimau Muda,Kelab atau Pasukan Negeri.Semua ini mempunyai isu yang tersendiri.Seperti Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal kita lihat prestasi mereka semakin membimbangkan kita semua,banyak perlawanan kita kalah dan kedudukan pun semakin jatuh.Siapa yang harus dipersalahkan?Kita lihat aksi mereka semakin hambar tidak banyak asakan ke kubu lawan.Adakah berpunca daripada terlalu banyak eksperimen yang dilakukan oleh jurulatih punca sebenar semua ini.Kenapa jurulatih ambil pemain yang memang tak boleh main,atau dia sendiri tidak yakin dengan pemain yang dia sendiri pilih.Kita lihat ramai lagi pemain yang layak bermain yang kita ada.Tak salah saya katakan kita cuba ambil pemain lain untuk kita beri peluang kepada mereka.Tidaklah kita ambil pemain yang sama sahaja yang orang lain sudah tahu potensi yang mereka ada.Kita ada lagi pemain yang boleh kita gilap bakat mereka.Nasib baik kita ada skuad pelapis yang boleh kita harapkan dan banggakan.Seperti yang saya tuliskan sebelum ini,kita memang ada pemain yang boleh kita banggakan tetapi hanya dalam masa yang sekejap sahaja kita dapat banggakan.Seperti Nurshahrul Idlan Talaha,Safee Sali,Zaquan Adha.Aidil dan banyak lagi yang pernah menaikkan nama MALAYSIA tetapi semua ini sekadar sekejap sahaja tidak seperti lagenda kita Mokthar Dahari dan seangkatan dengannya dimana sampai sekarang masih ada yang memperkatakan tentang kehebatan beliau dan yang lainnya.Adakah apa yang berlaku sekarang ini semuanya kerana gaji yang besar atau imbuhan bukan kerana Negara.Bukan saya nak burukkan pasukan kita.Cuma rasa kecewa dengan aksi mereka sejak kebelakangan ini.Semuanya serba tidak menjadi atau mungkin segala taktikal kita sudah dapat dibaca lawan.
Seperti yang kita tahu bahawa Harimau Muda telah berguru di Slovakia dan menampakkan peningkatan dengan beberapa pemain Harimau Muda telah disunting oleh Kelab Jepun& Portugal.Tapi sayangnya yang berada di Portugal tidak sampai pun dengan kontrak yang telah mereka tandatangani.Apa kata kita berguru dengan Kelab Eropah yang dimiliki oleh pemilik dari Negara kita seperti Cardiff City dan Queen Park Rangers.Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Tony Fernandes pemilik Kelab Queen Park Rangers,Kita lihat pelumba moto gp kita siapa yang naikkan namanya sehingga satu dunia kenal siapa dia Zulfahmi ini.Salah satu sebab kenapa mereka ini membeli kelab kelab ini mungkin kerana mereka ingin melihat pemain kita untuk bermain dengan kelab mereka tetapi sayang kedudukan kita dalam ranking dunia tidak membenarkan kita untuk ke situ.Apa yang saya nampak FAM boleh bekerjasama dengan 2 kelab ini.Kita harus berbangga dengan 2 pemilik ini kerana mereka telah menaikkan nama Malaysia disana walaupun kita tahu tiada pemain kita disana.Kenapa saya kata macam ini kerana kita dapat lihat 1 Malaysia pada jersi pasukan Cardiff City dan Airasia pada jersi QPR dan Tune Group pada pakaian pengadil.Mungkin suatu hari nanti ada pula pemain kita yang tercatat namya di belakang jersi kelab Eropah siapa tahu bukan.
Berbalik kepada pasukan kita,kita masih ada pelapis untuk pasukan kebangsaan iaitu Harimau Muda.Saya juga rasa patut kita adakan pencarian bakat seperti yang pernah kita adakan sebelum ini seperti soccer kid,jkid,my team dan sebagainya.Kalau boleh kita mulakan dari peringkat awal lagi.Kita gilap mereka dari kanak kanak lagi.Sekarang pula sibuk dengan kegiatan bookie pada liga Malaysia.Gejala ini semakin menjadi sekarang ini.Jika dibiarkan boleh menjejaskan pasukan dan mungkin Negara kita juga.Apa sebenar berlaku semua ini adakah kerana gaji yang kurang atau ada pasukan yang tertunggak untuk membayar gaji pemain.Mana peranan utama FAM demi masa depan bola sepak kita.Atau FAM patut di struktur semula.Lihat sahaja pembaharuan yang dibuat oleh TMJ pada pasukan Johor.Kita lihat stadium mula penuh, penyokong datang menonton pasukan mereka.Dan kita mula nampak kebanyakan stadium pun mula penuh.Jadi kepada pihak yang terbabit buatlah sesuatu untuk kembalikan semula zaman kegemilangan kita.Jangan biarkan penyokong yang jadi mangsa.Bila penyokong sudah hilang minat maka kosong semulalah stadium.Bolasepak kita perlukan perubahan dan mungkin dengan perubahan ini kita akan dapat melihat bola sepak kita disanjungi seperti skuad hoki kita dan impian kita untuk lihat pasukan kita di Piala Dunia tercapai insha allah.Malaysia boleh!!!! Kami semua sayangkan bole sepak Malaysia....
Isnin, 16 September 2013
ADAKAH KITA MEMPUNYAI PELAPIS BOLASEPAK YANG DIHARAPKAN
Seperti mana yang kita ketahui kita baru sahaja berjaya memenangi pesta bola merdeka yang baru sahaja berlalu.Tapi adakah kita mempunyai pemain yang ada sebagai pelapis dan pengganti kepada lagenda bola sepak kita yang dahulu.Kita masih ingat kepada lagenda bola sepak kita allahyarham Mokhtar Dahari dan yang lainnya.Kerana apa yang kita nampak pada hari ini hanya sekadar sementara sahaja.Adakah semua ini berpunca daripada imbuhan yang telah dijanjikan? Maka pemain kita pada masa sekarang hanya melihat kepada imbuhan dan gaji yang besar sahaja?
Dari apa yang saya nampak ada peningkatan yang boleh kita banggakan pada skuad Harimau Muda kita.Apa yang saya nampak mereka inilah yang membuatkan kita gembira.Kalau nak dibandingkan dengan skuad Harimau Malaya kita,bukan saya kata Harimau Malaya tak bagus.Cuma apa yang kita semua lihat corak permainan mereka sudah dapat dibaca oleh pasukan lain dan banyak sangat eksperimen yang dilakukan oleh jurulatih Datuk K Rajagobal.
Kita lihat apa yang semua orang perkatakan tentang Harimau Malaya.Ada saja kata kata yang ditujukan kepada skuad kita,Adakah semua ini berpunca dari pemain atau salah percaturan dan pemilihan dari jurulatih.Kita punya ramai pemain yang boleh kita ketengahkan.Kenapa asyik muka yang sama sahaja yang di panggil.Apa salahnya kita beri peluang kepada mereka ini.Mungkin mereka tidak seperti apa yang kita nampak.Berikan mereka yang benar benar berbakat untuk bermain.
Kita tidak boleh berharap kepada mereka ini sahaja.Semangat berpasukan juga perlu,mungkin apa yang mereka rencanakan tidak dilaksanakan oleh para pemain.Sebab itu kita perlukan semangat berpasukan kerana dalam bola sepak ini kita bermain dalam pasukan dan bukan perseorangan.Apa yang saya nampak pemain kita lebih suka membawa bola secara solo dan skill masing masing.Kita inginkan pasukan yang mantap dan mempunyai kekuatan dari segenap sudut.
Adakah kita ingin melihat sukan bola sepak kita mundur dan stadium semuanya lengang tanpa penonton yang hadir.Mana peranan FAM sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dalam sukan bola sepak negara kita.Kita perlu tingkatkan ranking kita.Bukan ambil mudah soal ranking.
Sekarang kita telah ada permata bola sepak yang boleh kita banggakan.Mereka telah menunjukkan prestasi yang boleh kita semua banggakan.Dan diharap mereka ini boleh membawa kejayaan buat negara kita kelak dan memperbaiki ranking kita suatu hari nanti dan impian kita untuk melihat pasukan ini ke piala dunia akan tercapai inshaallah........
kkk